Apakah itu IQ (Intelegence
Quatient)
IQ merupakan bahasa singkatan bagi Intelligence
Quotient. Pada amnya, ia merupakan terma yang merujuk kepada bio kapasiti
otak manusia. Ia berhubung kait dengan faktor:-
I.
Turun temurun/keturunan.
II.
Kejadian semulajadi otak terhadap
aspek perancangan, pemahaman, penyelesaian masalah, pemikiran secara abstrak,
secara sedar (kognitif) untuk menyatakan bahasa dan kemampuan belajar
Apakah itu EQ (Emosional Quotient)
EQ membawa maksud Emosional Quotient.
Ianya berhubung kait dengan emosi mental seseorang atau kepintaran emosi. EQ
dirujuk sebagai kemampuan seseorang itu mengawal emosi serta berkait rapat
dengan :-
I.
Daya ketahanan diri sendiri
II.
Penentuan
III.
Motivasi diri
Ia merupakan satu kemahiran
memahami, menghayati dan merasai emosi di mana ia mampu untuk memahami / memproses
maklumat emosi. Sebarang tindakan emosi dilakukan dengan rasional dari
melakukan perkara yang tidak wajar. EQ tumbuh seiring pertumbuhan seseorang
sejak lahir sehingga meninggal dunia. Pertumbuhan EQ dipengaruhi oleh persekitaran,
keluarga, dan sifat-sifat yang diwarisi seseorang sejak lahir dari ibu bapanya.
EQ berkait dengan banyak aspek penting, antara contohnya :-
I.
Memahami orang lain secara mendalam
II.
Mengendalikan sifat marah
III.
Kemampuan menyesuaikan diri
IV.
Disukai
V.
Keramahan
VI.
Sikap hormat
Menurut
Cooper (1997); Individu yang mempunyai tahap EQ
yang tinggi dapat menjalinkan hubungan yang lebih bersifat kemanusiaan,
wujudkan kepercayaan, hasilkan kreativiti dan boleh mempengaruhi orang
lain.
Perbezaan Antara IQ dan EQ
|
Intelegence Quotient (IQ)
|
Emosional Quotient (EQ)
|
|
· Merujuk
kepada bio kapasiti otak manusia.
|
· Merujuk
pada emosi mental atau kepintaran emosi
|
|
· Seorang
yang memiliki IQ tinggi, mudah belajar dan mudah untuk faham berbanding dengan
orang biasa.
|
· Seorang
yang mampu mengawal emosi dengan baik akan bersifat mulia serta mampu membuat
keputusan yang tepat.
|
|
· digunakan
untuk menguji tahap kemampuan minda seseorang
|
· Digunakan
untuk menguji tahap emosi seseorang
|
|
· Semakin
tinggi IQ seseorang itu, semakin tinggi tahap kepintaran mereka
|
· Semakin
tinggi EQ seseorang itu, semakin tinggi tahap pengawalan emosi mereka
|
|
· IQ
seseorang itu tidak dapat dikembangkan atau dikurangkan
|
· EQ
akan dapat dikembangkan melalui proses pembelajaran
|
Kesimpulannya :
IQ dan EQ perlu diaplikasikan
seiring untuk meningkatkan potensi diri dan mencapai kejayaan kerana
kedua-duanya saling berkait rapat di antara satu sama lain.
Antara 10 genius yang dapat dicungkil
di negara ini ialah :
a)
Zulkifli Haron (pereka cipta kreatif);
b) Md Nayan Salleh (ciptaannya memenangi anugerah dunia);
c) Sufiah Yusof (ditawarkan tempat di Universiti Oxford ketika usia 11 tahun);
d) Mokhtar Mansor (pencipta kaedah pengiraan Mohdar);
e) Allahyarham Tan Sri P Ramlee (Seniman serba boleh);
f) Prof DiRaja Ungku Aziz (tokoh akademik yang mencetuskan idea penubuhan
Tabung Haji);
g) Datuk Lat (Kartunis);
h) Yap Sui Lin (16A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2002);
i) Abdul Rahim Kajai (bapa kewartawanan Melayu);
j) Prof Datuk Dr Mazlan Othman (wanita tunggal negara memiliki PhD dalam bidang
astrofizik).
Apakah itu SQ (Spiritual Quotients)
Perlu
difahami bahwa SQ tidak semestinya berhubungan dengan agama, Kecerdasan
spiritual (SQ) adalah kecerdasan jiwa yang dapat membantu seseorang membangun
dirinya secara kukuh. SQ tidak bergantung pada budaya
atau nilai dan etika. Ia tidak berdasarkan nilai-nilai yang ada, tetapi
menciptakan kemungkinan untuk memiliki nilai-nilai tersebut. Kecerdasan
Spiritual adalah kecerdasan yang berasal dari dalam hati seseorang, menjadikan mereka
kreatif ketika menghadapi masalah peribadi, dan berusaha melihat pemahaman yang
terdapat di dalamnya, serta menyelesaikannya dengan baik agar memperoleh kedamaian
dan ketenangan hati. Kecerdasan spiritual membuatkan seseorang individu mampu memahami setiap perbuatannya sebagai
ibadah, untuk kepentingan umat manusia dan Tuhan yang sangat dicintainya.
Tidak ramai manusia yang
mempunyai kecerdasan spiritual. Ramai di antara kita cerdas IQ dan EQ di mana
hubungan di antara mereka amat baik. Situasi ini dapat kita lihat di tempat
kerja kita di mana ramai yang tidak ada masalah di dalam intelektual dan
memahami perasaan orang lain.
Namun sejauh mana keikhlasan kita
di dalam melakukan kerja? Bagaimana dengan sikap bangga diri, hasad dan dengki
dan lain-lain. Berapa ramai yang sering berkata bahawa syarikat tidak pernah
menghargai apa yang telah mereka lakukan. Berapa ramai yang berkerja hanya kerana
pangkat dan jawatan semata-mata. Berapa ramai yang mempunyai hubungan baik dan
sentiasa mesra dengan semua orang. Tetapi itu semua hanya untuk kepentingan
yang terselindung.