SKW 2131 KEMAHIRAN INSANIAH 1
BAB 1 : PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat serta
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan juga kepercayaan. Proses pembelajaran
berlaku sepanjang hayat manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana
tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, tenaga pengajar
biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar mereka dapat belajar dan
menguasai isi pembelajaran bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Pembelajaran akan membawa kepada perubahan dalam diri seseorang. Walau bagaimanapun,
perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun
penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.
Pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas
motivasi kendiri. PSH adalah integrasi pembelajaran formal dan tidak formal
untuk membangunkan kebolehan meningkatkan kualiti hidup secara berterusan.
Pembelajaran ialah satu proses kehidupan yang berlaku sepanjang masa dan di
mana-mana sahaja.
Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat
( PSH )
Pada
hari ini,konsep pembelajaran sepanjang hayat merangkumi pengertian yang begitu
luas. Konsep ini merangkumi proses pendemokrasian pendidikan yang memberi
peluang pendidikan seluas-luasnya kepada setiap individu tanpa mengira kelas
sosial, umur, kaum, dan juga jantina. Peluang pendidikan yang diberikan adalah
bagi meningkatkan pengetahuan, menambah kemahiran, dan kompetensi seseorang.
Pembelajaran sepanjang hayat fokuskan kepada proses pembelajaran kendiri dan bukannya proses pengajaran semata-mata. Hal ini bererti bahan-bahan dan pedagogi yang digunakan adalah sesuai dan mesra pelajar. Selain itu,waktu belajar perlu juga fleksibel dan kurikulumnya sesuai dengan kemajuan teknologi dan keperluan semasa.
Pendidikan sepanjang hayat boleh dilakukan sama ada secara formal seperti di sekolah, institusi pengajian dan pusat latihan vokasional,ataupun secara tidak formal iaitu berdasarkan pengamalan dan latihan di tempat kerja masing-masing. Cara pendekatan pembelajaran sepanjang hayat ini boleh dipelbagaikan supaya mudah diakses oleh pelajar seperti melalui pembelajaran ataupun kursus secara pos.
Ringkasnya,pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu proses pembelajaran yang berterusan yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seseorang.

Kepentingan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Menuntut ilmu merupakan suatu keperluan asas yang wajib bagi
setiap individu tanpa mengira kaum dan agama serta kelas sosial. Konsep pembelajaran
sepanjang hayat bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya konsep ini telah lama
diamalkan oleh kebanyakan masyarakat dunia. Namun begitu, konsep pembelajaran
sepanjang hayat telah diberi penekanan semula oleh kebanyakan negara. Keadaan
ini timbul ekoran perubahan persekitaran baru dunia yang dipengarui globalisasi
dan ekonomi berasakan pengetahuan atau K-ekonomi. Ekonomi berasakan pengetahuan
menjadi keutamaan bagi menjamin dan menentukan daya saing sesebuah negara.
Produktiviti dan kualiti sesuatu produk pada masa kini ditentukan oleh daya
inovatif dan aplikasi pengetahuan atau pengguna teknologi. Setiap pemimpin
negara dunia sedar bahawa aset utama bagi kemajuan sesebuah negara itu ialah
rakyat. Aset utama rakyat pula ialah pengetahuan kemahiran yang mereka peroleh
untuk menyumbang kepada kemajuan diri,masyarakat dan negara.
Langkah-langkah Ke Arah Pembelajaran
Sepanjang Hayat
-Menguasai kemahiran pengurus masa
-Menguasai kemahiran berfikir
-Menguasai kemahiran membaca
-Menguasai kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
-Menguasai kemahiran pembelajaran kendiri
-Menguasai kemahiran berfikir
-Menguasai kemahiran membaca
-Menguasai kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
-Menguasai kemahiran pembelajaran kendiri
No comments:
Post a Comment