Selamat Datang...

Sunday, 29 December 2013


SKW 2131 KEMAHIRAN INSANIAH 1
BAB 1 : PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat serta pengetahuan, penguasaan kemahiran dan juga kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, tenaga pengajar biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar mereka dapat belajar dan menguasai isi pembelajaran bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan dalam diri seseorang. Walau bagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.
Pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional  yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri. PSH adalah integrasi pembelajaran formal dan tidak formal untuk membangunkan kebolehan meningkatkan kualiti hidup secara berterusan. Pembelajaran ialah satu proses kehidupan yang berlaku sepanjang masa dan di mana-mana sahaja.

Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat ( PSH ) 

Pada hari ini,konsep pembelajaran sepanjang hayat merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merangkumi proses pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang pendidikan seluas-luasnya kepada setiap individu tanpa mengira kelas sosial, umur, kaum, dan juga jantina. Peluang pendidikan yang diberikan adalah bagi meningkatkan pengetahuan, menambah kemahiran, dan kompetensi seseorang.

Pembelajaran sepanjang hayat fokuskan kepada proses pembelajaran kendiri dan bukannya proses pengajaran semata-mata. Hal ini bererti bahan-bahan dan pedagogi yang digunakan adalah sesuai dan mesra pelajar. Selain itu,waktu belajar perlu juga fleksibel dan kurikulumnya sesuai dengan kemajuan teknologi dan keperluan semasa.

Pendidikan sepanjang hayat boleh dilakukan sama ada secara formal seperti di sekolah, institusi pengajian dan pusat latihan vokasional,ataupun secara tidak formal iaitu berdasarkan pengamalan dan latihan di tempat kerja masing-masing. Cara pendekatan pembelajaran sepanjang hayat ini boleh dipelbagaikan supaya mudah diakses oleh pelajar seperti melalui pembelajaran ataupun kursus secara pos.

Ringkasnya,pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu proses pembelajaran yang berterusan yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seseorang.

Kepentingan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Menuntut ilmu merupakan suatu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu tanpa mengira kaum dan agama serta kelas sosial. Konsep pembelajaran sepanjang hayat bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya konsep ini telah lama diamalkan oleh kebanyakan masyarakat dunia. Namun begitu, konsep pembelajaran sepanjang hayat telah diberi penekanan semula oleh kebanyakan negara. Keadaan ini timbul ekoran perubahan persekitaran baru dunia yang dipengarui globalisasi dan ekonomi berasakan pengetahuan atau K-ekonomi. Ekonomi berasakan pengetahuan menjadi keutamaan bagi menjamin dan menentukan daya saing sesebuah negara. Produktiviti dan kualiti sesuatu produk pada masa kini ditentukan oleh daya inovatif dan aplikasi pengetahuan atau pengguna teknologi. Setiap pemimpin negara dunia sedar bahawa aset utama bagi kemajuan sesebuah negara itu ialah rakyat. Aset utama rakyat pula ialah pengetahuan kemahiran yang mereka peroleh untuk menyumbang kepada kemajuan diri,masyarakat dan negara.

Langkah-langkah Ke Arah Pembelajaran Sepanjang Hayat
-Menguasai kemahiran pengurus masa
-Menguasai kemahiran berfikir
-Menguasai kemahiran membaca
-Menguasai kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
-Menguasai kemahiran pembelajaran kendiri




Saturday, 28 December 2013

KEMAHIRAN INSANIAH 1 SKW 2131



Apakah itu IQ (Intelegence Quatient) 

IQ merupakan bahasa singkatan bagi Intelligence Quotient. Pada amnya, ia merupakan terma yang merujuk kepada bio kapasiti otak manusia. Ia berhubung kait dengan faktor:-

        I.            Turun temurun/keturunan.
     II.            Kejadian semulajadi otak terhadap aspek perancangan, pemahaman, penyelesaian masalah, pemikiran secara abstrak, secara sedar (kognitif) untuk menyatakan bahasa dan kemampuan belajar

Apakah itu EQ (Emosional Quotient)

EQ membawa maksud Emosional Quotient. Ianya berhubung kait dengan emosi mental seseorang atau kepintaran emosi. EQ dirujuk sebagai kemampuan seseorang itu mengawal emosi serta berkait rapat dengan :-

        I.            Daya ketahanan diri sendiri
     II.            Penentuan
   III.            Motivasi diri

Ia merupakan satu kemahiran memahami, menghayati dan merasai emosi di mana ia mampu untuk memahami / memproses maklumat emosi. Sebarang tindakan emosi dilakukan dengan rasional dari melakukan perkara yang tidak wajar. EQ tumbuh seiring pertumbuhan seseorang sejak lahir sehingga meninggal dunia. Pertumbuhan EQ dipengaruhi oleh persekitaran, keluarga, dan sifat-sifat yang diwarisi seseorang sejak lahir dari ibu bapanya. EQ berkait dengan banyak aspek penting, antara contohnya :-

        I.            Memahami orang lain secara mendalam
     II.            Mengendalikan sifat marah
   III.            Kemampuan menyesuaikan diri
  IV.            Disukai
     V.            Keramahan
  VI.            Sikap hormat

Menurut Cooper (1997); Individu yang mempunyai tahap EQ yang tinggi dapat menjalinkan hubungan yang lebih bersifat kemanusiaan, wujudkan kepercayaan,  hasilkan kreativiti dan boleh mempengaruhi orang lain.

Perbezaan Antara IQ dan EQ

Intelegence Quotient (IQ)
Emosional Quotient (EQ)
·     Merujuk kepada bio kapasiti otak manusia.
·      Merujuk pada emosi mental atau kepintaran emosi
·      Seorang yang memiliki IQ tinggi, mudah belajar dan mudah untuk faham berbanding dengan orang biasa.
·     Seorang yang mampu mengawal emosi dengan baik akan bersifat mulia serta mampu membuat keputusan yang tepat.
·     digunakan untuk menguji tahap kemampuan minda seseorang
·     Digunakan untuk menguji tahap emosi seseorang
·      Semakin tinggi IQ seseorang itu, semakin tinggi tahap kepintaran mereka
·     Semakin tinggi EQ seseorang itu, semakin tinggi tahap pengawalan emosi mereka
·      IQ seseorang itu tidak dapat dikembangkan atau dikurangkan
·      EQ akan dapat dikembangkan melalui proses pembelajaran

Kesimpulannya :
IQ dan EQ perlu diaplikasikan seiring untuk meningkatkan potensi diri dan mencapai kejayaan kerana kedua-duanya saling berkait rapat di antara satu sama lain.

Antara 10 genius yang dapat dicungkil di negara ini ialah :

a) Zulkifli Haron (pereka cipta kreatif);
b) Md Nayan Salleh (ciptaannya memenangi anugerah dunia);
c) Sufiah Yusof (ditawarkan tempat di Universiti Oxford ketika usia 11 tahun);
d) Mokhtar Mansor (pencipta kaedah pengiraan Mohdar);
e) Allahyarham Tan Sri P Ramlee (Seniman serba boleh);
f) Prof DiRaja Ungku Aziz (tokoh akademik yang mencetuskan idea penubuhan Tabung Haji);
g) Datuk Lat (Kartunis);
h) Yap Sui Lin (16A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2002);
i) Abdul Rahim Kajai (bapa kewartawanan Melayu);
j) Prof Datuk Dr Mazlan Othman (wanita tunggal negara memiliki PhD dalam bidang astrofizik).

Apakah itu SQ (Spiritual Quotients)

Perlu difahami bahwa SQ tidak semestinya berhubungan dengan agama, Kecerdasan spiritual (SQ) adalah kecerdasan jiwa yang dapat membantu seseorang membangun dirinya secara kukuh. SQ tidak bergantung pada budaya atau nilai dan etika. Ia tidak berdasarkan nilai-nilai yang ada, tetapi menciptakan kemungkinan untuk memiliki nilai-nilai tersebut. Kecerdasan Spiritual adalah kecerdasan yang berasal dari dalam hati seseorang, menjadikan mereka kreatif ketika menghadapi masalah peribadi, dan berusaha melihat pemahaman yang terdapat di dalamnya, serta menyelesaikannya dengan baik agar memperoleh kedamaian dan ketenangan hati. Kecerdasan spiritual membuatkan seseorang  individu mampu memahami setiap perbuatannya sebagai ibadah, untuk kepentingan umat manusia dan Tuhan yang sangat dicintainya.
Tidak ramai manusia yang mempunyai kecerdasan spiritual. Ramai di antara kita cerdas IQ dan EQ di mana hubungan di antara mereka amat baik. Situasi ini dapat kita lihat di tempat kerja kita di mana ramai yang tidak ada masalah di dalam intelektual dan memahami perasaan orang lain.
Namun sejauh mana keikhlasan kita di dalam melakukan kerja? Bagaimana dengan sikap bangga diri, hasad dan dengki dan lain-lain. Berapa ramai yang sering berkata bahawa syarikat tidak pernah menghargai apa yang telah mereka lakukan. Berapa ramai yang berkerja hanya kerana pangkat dan jawatan semata-mata. Berapa ramai yang mempunyai hubungan baik dan sentiasa mesra dengan semua orang. Tetapi itu semua hanya untuk kepentingan yang terselindung.